BAB 1
FARHAN
mula menyiram kubur kedua-dua arwah orang tuanya dengan air
bercampur bunga-bungaan itu setelah menyedekahkan surah Yaasin beserta
al-Fatihah kepada mereka. Kemudian, menyerahkan jag air tersebut kepada Pak Long
Qader di sebelahnya. Farhan menunduk lama mula mengenangkan nasibnya yang kini
sudah menjadi anak yatim piatu. Dia baru menginjak usia 11 tahun tapi sudah
kehilangan kedua-dua orang tuanya sekali gus dalam sebuah kemalangan yang
melibatkan kereta orang tuanya dan sebuah lori simen. Bagaimana dengan
kehidupannya selepas ini? Adakah dia perlu tinggal di rumah anak-anak yatim?
Atau mungkin di jalanan meminta simpati daripada orang awam? Arghhh…sukar untuk
dia membayangkannya. Dia memejamkan matanya. Lama. Air matanya mula mengalir
sudah tidak dapat ditahan olehnya lagi.
Dia terkejut apabila Pak Long Qader
menyentuh bahunya sekali gus menghentikan lamunannya. Dia melihat orang ramai
yang sudi hadir bersama-sama mengebumikan arwah orang tuanya sudah mula beredar
untuk meneruskan kehidupan dan kerja masing-masing. Dia pula masih tidak nampak
akan masa depannya yang sudah semakin gelap kini. Dia melihat kini hanya
tinggal Mak Long Aishah, sepupunya dan Pak Long Qader yang masih setia
menunggunya di tanah perkuburan.
Kemudian, kami juga turut beredar dari situ
menuju ke kereta Waja milik Pak Long Qader di seberang sana. Sepanjang
perjalanan ke rumah Pak Long Qader, kami hanya diam menyepi sehinggakan hanya
bunyi deruan angin yang menyapa di telinga kami.
***
“Abang, takkan budak tu nak tinggal dengan kita kut?”, Mak Long Aishah
mula bersuara setelah lama mendiamkan diri. Dia perasan akan wajah mak longnya
yang masam mencuka sejak di tanah perkuburan itu lagi. Mak Long Aishah memang
tidak menyenangi seluruh keluarganya kerana arwah ibunya yang juga merupakan
adik kandung kepada Mak Long Aishah sering mendapat tempat di hati arwah nenek.
Aishah merasakan dirinya seperti
diperanak angkatkan apabila ibunya sering menyebelahi Aliya iaitu arwah ibu
Farhan. Apa sahaja yang Aliya mahukan dituruti sahaja oleh ibunya sedangkan dia
asyik perlu mengalah sahaja. Dia sememangnya tidak mahu berbuat ihsan dengan
Aliya dan seluruh keluarganya lagi. Muktamad.
“Habis awak nak budak ni tinggal
dekat mana, Aishah? Dekat rumah anak-anak yatim?”, terjegil mata Pak Long Qader
memarahi isterinya itu. Cukup dia tidak memahami dengan isterinya ini. Sanggup
membenci adik kandungnya sendiri. Tak cukup dengan itu, anak saudaranya juga
perlu juga terkena tempiasnya.
“Kalau dah itu je tempat yang ada dan
sesuai untuk dia, apa salahnya kan?” selamba Mak Long Aishah bersuara.
“Astaghfirullahalazim…apa busuk
sangat hati awak ni, Aishah. Awak sedar tak yang awak nak campak ke rumah
anak-anak yatim ni anak saudara awak sendiri?”, balas Pak Long Qader. Farhan
yang terdiam di atas sofa berhampiran hanya mendengar pertengkaran mereka
tentang dirinya. Tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Segala keputusan yang Pak
Long Qader buat, dia hanya turuti sahaja walaupun dia terpaksa dicampakkan ke
rumah anak-anak yatim. Dia redha.
“Lebih daripada sedar, abang. Abang
tak fikir ke pasal tanggungan terhadap budak ni? Cukup sangat ke duit abang nak
pelihara budak ni? Nak pelihara saya dengan Qisha pun tak memadai lagi.”, kata
Mak Long Aishah dengan nada yang sungguh menjengkelkan.
Kata-kata isterinya sudah cukup untuk
menggelegakkan jiwanya sebagai seorang suami. Hampir sahaja tangannya ingin
menampar isterinya namun segera ditahan oleh Farhan.
“Pak Long, tolong jangan tampar mak
long.”, kata Farhan sambil menangis teresak-esak. Tangannya masih teguh menahan
tangan pak longnya daripada hinggap di wajah mak longnya. Walaupun Mak Long
Aishah tidak menyukai dirinya tinggal di rumah ini, tetapi dia tidak mahu mak
longnya disakiti oleh pak long sedemikian rupa.
“Walaupun saya tak mampu dari segi
kewangan, saya masih berdaya untuk menjaga keluarga ini. Farhan akan tinggal
dengan kita. Titik.”, kata-kata pak long menamatkan pertengkaran.
Pak Long Qader terus keluar ke pintu
utama untuk mencari ketenangan. Mak Long Aishah pula memasuki bilik tidurnya
lalu menghempaskan pintu bilik dengan kuat tanda protes terhadap keputusan
suaminya.
“Puas kau sekarang? Mak ayah aku tak
pernah bergaduh tau. Tapi sekarang, macam yang kau tengok tadi. Semuanya
disebabkan kau!”, Farhan memandang gadis yang memarahinya sekarang. Ya, dialah
Qisha. Satu-satunya anak Pak Long Qader dan Mak Long Aishah. Qisha seusia
dengan dirinya. Dia ingat lagi sewaktu berumur 7 tahun, mereka berdua sangat
rapat sehinggakan Farhan pernah menyimpan rasa cinta buat sepupunya itu. Namun,
itu hanya seketika apabila Mak Long Aishah sudah tidak mengizinkan anaknya
berkawan dengan Farhan lagi. Apatah lagi, sekarang ini perangai Qisha juga
turut berubah 360 darjah seperti ibunya. Entah apa yang diceritakan oleh Mak
Long Aishah kepada Qisha tentang dirinya sehinggakan Qisha juga turut
membencinya.
Qisha merenung tajam kearah Farhan
sebelum memasuki ke biliknya. Sekarang Farhan sahaja yang masih setia di ruang
tamu itu.
***
Mak Long Aishah mencedokkan nasi ke dalam pinggan anaknya. Kemudian,
memandang Farhan yang tegak berdiri di tepi pintu bilik itu. Bukan kehendaknya
untuk berdiri seperti tiang bendera di situ tetapi itulah arahan daripada mak
longnya untuk tidak mendekati mereka. Jijik katanya.
“Papa mana, mama?” soal Qisha kepada
Mak Long Aishah disebelahnya.
“Papa dekat tempat kerja dia lah.”,
jawab Mak Long Aishah.
“Oh, papa takde dekat rumah ke?
Patutlah berani je mama dera budak tu kat situ. Hahaa..padan muka dia, mama.”,
kata Qisha sambil tergelak kecil. Sempat dia mengerling sekilas dengan jelingan
mautnya ke arah Farhan.
“Mak long, Farhan lapar…”, dia
memberanikan diri untuk bersuara. Sungguh dia terlalu lapar saat ini. Mana
tidaknya, daripada pagi tadi tidak mengalas perutnya dengan makanan walaupun
sedikit.
“Alahai, siannya dia, mama. Dia
lapar.”, kata Qisha dengan nada yang menjengkelkan.
“Lapar? Habis tu, apa kena mengena
dengan kita?”, balas Mak Long Aishah dengan riak selambanya.
“Ma, kalau dia mati kebuluran macam
mana, ma? Mama nak ke masuk penjara? Qisha tak nak.”, riak wajahnya sudah
bertukar gelisah apabila membayangkan kemungkinan itu.
“Apa yang nak difikirkan? Dia nak
mati sekalipun aku dah tak kisah sekarang ni. Biar dia ikut jejak mak bapak dia
masuk neraka jahanam tu.”, Mak Long Aishah terus mengangkat pinggannya ke
sinki. Hilang terus seleranya untuk makan pada malam itu lalu masuk ke
biliknya.
Qisha masih terkebil-kebil di situ
menghabiskan segala sisa nasinya yang tinggal. Dia juga tidak betah
berlama-lama di situ bersama Farhan. Takut bermacam-macam makian yang akan
terhambur daripada mulutnya nanti. Baginya, hubungan dia dengan Farhan sebagai
seorang sepupu dan sahabat sudah lama terkubur.
Tanpa disedari, air mata Farhan mulai
gugur mengenangkan nasibnya kini. Nasib baik Qisha sudah memasuki bilik
tidurnya. Jika tidak, jatuh sahamnya sebagai seorang lelaki. Dia tidak mahu
tampak lemah di hadapan mereka. Biarlah dia tampak kuat melalui dugaan ini.
Dalam sibuk melayani kesedihan, kelopak matanya mula tutup perlahan-lahan. Dia
tertidur di situ sehingga ke esok pagi.
***
“Farhan,
bangun.”,
No comments:
Post a Comment